Hakim Azura Alwi  yang menetapkan demikian turut mengarahkan Rosmah menyerahkan dua dokumen perjalanannya sehingga kes selesai dan tidak menganggu saksi-saksi atau bakal-bakal saksi dengan apa cara sekali pun.

Beliau memutuskan demikian setelah mengambil kira jumlah RM10 juta yang dicadangkan oleh pendakwaan adalah terlalu tinggi dan jumlah RM250,000  yang dimohon pembelaan terlalu rendah serta laporan polis yang ditimbulkan oleh pendakwaan.

Mahkamah juga membenarkan RM500,000 dibayar hari ini dan bakinya dilunaskan sebelum atau pada 11 Oktober ini.

Tarikh sebutan ditetapkan pada 8 November. - UTUSAN ONLINE