Rosmah, 67, hadir memakai baju kurung kuning sempat bersalaman dengan beberapa penyokongnya yang turut hadir sejak pukul 8 pagi.

Ditanya pemberita mengenai keadaan kesihatannya, beliau menjawab ringkas: “Alhamdulillah” sambil tersenyum.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 17 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta.

Rosmah didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram dengan cara membenarkan kemasukan wang berjumlah lebih RM7 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lima pertuduhan gagal membuat penyata pendapatan. - UTUSAN ONLINE