Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Fahmim Ulumuddin Hamzah, 19, dan rakannya, Abdullah Mu’az Ismail, 19, selepas kedua-duanya mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut di Jalan Raja Laut di sini pada  pukul 10.14 malam, 20 Januari lalu.

Kedua-dua tertuduh diperintah membayar cagaran RM1,500 dan perlu menyelesaikan perintah khidmat masyarakat itu selama dua tahun selain lesen memandunya dibatalkan dan hilang kelayakan menunggang selama tiga tahun.

Fahmim Ulumuddin dan Abdullah Mu’az didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdullah Khazali memohon hukuman setimpal agar kedua-dua tertuduh insaf dan sebagai memberi pengajaran. - UTUSAN ONLINE