Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Reman tiga suspek JJPTR disambung

DALANG SINDEKET 2
TIGA lelaki suspek termasuk dalang utama sindiket pelaburan berasaskan perniagaan Forex yang mengutip wang pelaburan sebanyak RM1.7 bilion di bawa ke Mahkamah Majistret Klang untuk mendapat lanjutan tahanan reman hari ini.-UTUSAN ONLINE

KLANG 18 Mei - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh tahanan reman terhadap tiga individu sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR), disambung bagi membantu siasatan.

Majistret S.Nisha membenarkan tempoh tahanan reman terhadap ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 28 hingga 29 tahun itu disambung selama sehari sehingga esok.


Kelihatan ketiga-tiga individu itu hadir memakai baju lokap berwarna ungu dan keluar daripada bilik Mahkamah Majistret kira-kira pukul 11 pagi.


Terdahulu, mahkamah membenarkan ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari bemula Selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung sindiket pelaburan berasaskan perniagaan Forex yang mengutip wang pelaburan sebanyak RM1.7 bilion.


Selasa lalu, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah menahan tiga lelaki termasuk dalang sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR), di Petaling Jaya dekat sini, kira-kira pukul 4.30 pagi.


Menurut Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, selain dalang, pihaknya turut menahan orang kanan dan pembantu peribadi dalang sindiket pelaburan tersebut.


Malah, turut dirampas sebuah kereta jenis Honda Accord, lima unit telefon bimbit, pelbagai dokumen berkaitan skim pelaburan JJPTR, buku cek, 11 keping kad debit dan kredit pelbagai bank dan wang tunai RM20,936.


Sebelum itu, pada 14 Februari, seramai 19 orang terdiri daripada 15 orang pekerja dan empat orang pelabur berusia dalam lingkungan 23 hingga 40 tahun ditahan di beberapa buah pejabat dan kediaman di sekitar Pulau Pinang dipercayai terlibat dengan sindiket tersebut.
Kes disiasat Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain