Majistret Izza Zulaika Ruhanuddin membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan lelaki itu bagi melakukan siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, suspek berusia berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.35 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek telah menerima suapan bernilai lebih RM2 juta daripada sebuah syarikat sebagai balasan bagi meluluskan nota kredit untuk tujuan rebat, insentif dan pengiklanan komponen komputer kepada penjual yang 
dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Selain suspek, beberapa lagi individu sedang dikesan SPRM bagi membantu siasatan kes yang sama. - UTUSAN ONLINE