Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Siti Nabila Abd. Rashid di Mahkamah Majistret di sini hari ini.


Terdahulu, suspek yang berumur 60 tahun itu tiba di mahkamah tersebut kira-kira pukul 9.20 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Suspek yang bergelar Datuk itu sebelum ini direman selama enam hari bermula 28 September lalu selepas ditahan pada pukul 12.30 tengah hari sehari sebelum itu ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.-UTUSAN ONLINE.