Majistret Cindy Mc Juce Balitus turut melanjutkan tempoh reman empat hari terhadap ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52, yang ditahan bersama Peter berhubung siasatan berkenaan.

Kedua-dua mereka sebelum ini direman pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan terhadap dana RM179 juta yang dibekukan daripada beberapa akaun kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan RM1.5 bilion peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diseleweng antara 2009 hingga 2015. - UTUSAN ONLINE