Perintah reman ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Lee Kim Keat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini pada pukul 10 pagi dengan diiringi anggota dan pegawai SPRM. 


Suspek sebelum ini ditahan pada pukul 3 petang di pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Melaka di Jalan Hang Tuah pada 20 November dan direman selama enam hari yang berakhir hari ini.- UTUSAN ONLINE