Majistret Nurulhuda Zakariya membenarkan tempoh reman terhadap suspek yang berumur 43, dilanjutkan sehingga Khamis di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

eguamnya, Hisyam Teh Poh Teik berkata, polis memohon tempoh dilanjutkan sehingga tujuh hari namun pihaknya me­minta dikurangkan kepada tiga hari sahaja.

“Pihak polis meminta sambungan sehingga tujuh hari atas alasan ingin menjalankan siasatan lanjut. Namun kami membantah kerana proses soal siasat tidak boleh dijadikan alasan untuk memanjangkan tempoh reman,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Hisham juga dijangka mengemukakan bantahan terhadap penahanan dua anak suspek yang dikenakan reman tujuh hari semalam di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.

Khamis lalu, media me­laporkan remaja lelaki berusia 14 dan 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan kematian Nazrin selepas pemeriksaan forensik menemui dua lubang pada leher­nya kesan daripada anak panah.

Ke­dua-duanya ditahan sele­pas soal siasat ke atas seorang wanita yang ditahan terlebih dahulu mendapati mereka mempunyai kemahiran dalam sukan memanah.

Pada 4 September lalu, balu Nazrin dan bekas suaminya ditahan sebelum direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut, namun bekas suami­nya dibebaskan selepas tiga hari dalam tahanan reman.

Pada 14 Jun lalu, Nazrin dilaporkan maut selepas terpe­rangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara akibat terhidu asap berpunca daripada letupan telefon bimbit milik mang­sa.

Bagaimanapun, pada 3 Ogos lalu, Fadzil mendedahkan kejadian yang disiasat sebagai mati mengejut itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas polis mendapat keputusan bedah siasat serta laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang me­nemukan kesan petrol dalam bilik Nazrin yang terbakar.