Majistret Maizatul Munirah Abd. Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Fathin Nadira Abdullah, 21, yang didakwa menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM60 bagi sekali perkhidmatan kepada K. Thiagarajan di kaki lima hadapan Hotel Excel Inn, Jalan Petaling di sini kira-kira pukul 4.20 petang, 22 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd. Halim mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam, Mohammad Arifin Abdul Wahab yang mewakili Nur Fathin Nadira memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan anak sulung daripada empat beradik, dia tidak bersekolah sejak dari kecil kerana mempunyai masalah kewangan.