Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Remaja dituduh curi duit tabung masjid

TELUK INTAN 21 Mac - Seorang remaja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memecah masuk sebuah masjid dan mencuri RM6,000 duit tabung masjid berkenaan pada awal bulan ini.

MOHAMMAD IQMAL KHALID
MOHAMMAD IQMAL KHALID

Mohammad Iqmal Khalid, 20, didakwa pecah masuk Masjid Jamek Pekan Hutan Melintang menggunakan pemotong besi dan mencuri wang tunai RM6,000 dari tiga tabung masjid berkenaan pada 5.40 pagi, 6 Mac lalu.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Rungkup Kecil, Bagan Datuk didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Hakim Norita Mohd. Ardani menetapkan 17 April depan untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan sosial tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan tertuduh adalah pesalah di bawah umur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Suffian Ja'afar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh yang menganggur itu. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain