Tertuduh yang berumur 17 tahun dan bekerja sebagai pembantu gerai makan itu dituduh membunuh Mohd. Firdaus Md. Sallehuddin, 28, di rumah No 130A, Jalan Indah 6 di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini kira-kira pukul 1.30 petang, 14 Oktober lalu.

Tertuduh mengakui memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md. Top, namun tiada pengakuan direkodkan.

Dalam prosiding secara tertutup itu, dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain dan mahkamah kemudian menetapkan 23 November depan untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE