Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RCI: Murad beri keterangan hari ini

Siasatan kerugian BNM sebanyak RM44b zaman Dr. M

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Kha­lid akan memberi ketera­ngan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian BNM sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui ke­giatan perdagangan mata wang sekitar 1990-an, esok.

Abdul Murad Khalid

Perkara itu disahkan oleh Abdul Murad kepada Utusan Malaysia melalui aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Keterangan Abdul Murad sememangnya ditunggu-tunggu ramai kerana beliau bertanggungjawab mendedahkan skandal tersebut yang berlaku ketika era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kerugian berbilion ringgit yang dialami BNM itu juga dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa.

Prosiding kali kedua yang akan diadakan di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman, Putrajaya selama 10 hari, bakal didengari oleh panel yang dipengerusikan oleh Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Turut menganggotai ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad; Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.

Suruhanjaya itu yang ditubuhkan pada 15 Julai lalu dan keanggotaannya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia pada 26 Ja­nuari lalu, Abdul Mu­rad menjelaskan, ke­­rugian yang dica­tatkan BNM melalui ke­giatan pemerdaga­ngan mata wang se­panjang 1991 hingga 1993 adalah jauh lebih besar daripada jumlah yang dila­porkan oleh bank pusat tersebut.

Katanya, Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya menca­tatkan kerugian sebanyak RM9 bilion akibat kegiatan itu, sedangkan angka sebenar adalah jauh le­bih besar.

“Apa yang menghairankan adalah tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mence­cah RM44 bilion, malah pihak berkuasa mempersoalkan perkara tersebut namun ia terhenti di situ sahaja,” kata Abdul Murad seperti dipetik dalam temu bual itu.

Dalam prosiding pertama yang diadakan pada 8 Ogos lalu me­nyaksikan suruhanjaya siasatan itu menolak permohonan dua pe­mimpin pembangkang untuk mencabar komposisi keanggotaan ahli panel bersidang.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang bertindak sebagai peguam pemerhati Dr. Mahathir dan R. Sivarasa yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar mereka diberi peluang mengemukakan permohonan secara bertulis untuk mencabar komposisi ahli panel atas isu berat sebelah.

Peguam itu menyatakan, Mohd. Sidek dan Choo Boon sebelum ini terlibat dalam pasukan petugas khas yang mencadangkan pembentukan suruhanjaya berkenaan.

Mohamed Haniff Khatri me­nyatakan, pengli­batan kedua-duanya dikhuatiri menimbulkan persepsi awam bahawa suruhanjaya itu tidak berlaku adil ketika mengendalikan siasatan.

Bagaimanapun, Mohd. Sidek membuat keputusan un­tuk meneruskan pro­siding yang bermula esok sehingga 21 September ini selepas mende­ngar hujan kedua-dua belah pihak daripada wakil jawatankuasa yang mengesyorkan, Datuk Suhaimi Ib­rahim dan dua wakil peguam itu.

Mohd. Sidek menjelaskan, prosiding RCI berbeza dengan perbicaraan mahkamah yang mana ia terdiri daripada pendakwa raya, malahan RCI ditubuhkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakannya.

Usaha Dr. Mahathir menangguhkan pro­siding menerusi permohonan di Mahkamah Rayuan juga ditolak.

Permohonan tersebut difailkan bagi memohon penangguhan prosi­ding suruhanjaya siasatan daripada bersidang sementara menunggu rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak kebenaran semakan kehakiman, dide­ngar dan diputuskan oleh panel lain Mahkamah Rayuan.

Pada 17 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pemimpin pembangkang itu bagi mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman untuk menggugurkan pelantikan Mohd. Sidek dan Choo Boon selepas membenarkan bantahan awal Kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, prosiding yang dijadualkan berlangsung selama 10 hari bermula esok akan didengar oleh panel serupa yang dipengerusikan oleh Mohd. Sidek.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain