Anwar yang masih menjalani hukuman penjara dilihat tiba di Istana Kehakiman pada pukul 8.40 pagi dengan kenderaan Jabatan Penjara dan diiringi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Beliau yang berkemeja putih itu bagaimanapun menggunakan laluan khas untuk memasuki perkarangan mahkamah.


Prosiding suruhanjaya yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu bermula pukul 9 pagi hari ini dan sehingga kini telah memanggil 17 orang saksi.


Antara saksi-saksi lain yang dijangka memberi keterangan hari ini adalah termasuk bekas Gabenor BNM, Tan Sri Ahmad Mohd Don dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil. - UTUSAN ONLINE