Mahkamah turut memerintahkan SPSB selaku plaintif untuk membayar kos sebanyak RM3,000.

Pada Okt tahun lepas, Razali memfailkan permohonan untuk membatalkan saman berkenaan atas alasan tiada kausa tindakan munasabah untuk syarikat pemaju itu menyamannya.

SPSB selaku plaintif memfailkan saman itu pada 16 Julai 2018 selepas mendakwa Razali membuat beberapa kenyataan mengenai penglibatan SPSB sebagai pemaju utama projek KLVC.

Syarikat itu dalam kenyataannya mendakwa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Razali adalah palsu, tidak berasas dan telah mencemarkan reputasi syarikat berkenaan.

SPSB berkata syarikat itu sebelum ini telah menyampaikan satu notis tindakan kepada defendan menuntutnya memohon maaf, bagaimanapun beliau gagal berbuat demikian.

Syarikat itu memohon satu perintah injunksi supaya Razali dihalang daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah, juga menuntut ganti rugi RM100 juta serta mengemukakan permohonan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh SPSB. - UTUSAN ONLINE