P.Uthayakumar
P.Uthayakumar

Aktivis berkenaan gagal mengembalikan notis usulnya ke Mahkamah Tinggi agar permohonannya berhubung perkara itu didengar dan diputuskan oleh hakim bicara.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif selepas membenarkan bantahan awal Peguam Kanan Persekutuan, Nadia Hanim Mohd. Tajuddin.

Uthayakumar yang berhujah mewakili merayu dirinya merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak notis usulnya agar hakim bicara mendengar permohonan bagi mendapatkan perintah supaya suruhanjaya itu ditubuhkan.

Dalam permohonannya, peguam itu menamakan enam responden iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar; Pengarah Penjara Kajang, Abdul Wahab Abdul Kassim; Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia. - UTUSAN ONLINE