Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan pertubuhan itu dan menetapkan pengurusan kes pada 9 Mac ini.

Forum SIS (Malaysia) memfailkan permohanan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada agama Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Mais dan kerajaan Selangor sebagai responden.  

Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan mana-mana pertubuhan, individu serta kumpulan yang berpegang kepada fahaman 'iberalisme' dan 'pluralisme' adalah menyeleweng daripada ajaran Islam. - UTUSAN ONLINE