Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop yang bersidang bersama Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Balia Yusof Wahi memutuskan demikian secara sebulat suara selepas berpuas hati rayuannya tiada merit.

Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Tinggi pada 29 November tahun lalu yang membatalkan permohonan habeas corpusnya, dikekalkan.

Maria, 60, memfailkan permohonan habeas corpus pada 22 November tahun lalu dengan menamakan Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Superintendan Tham Lai Kuan; Ketua Polis Negara; Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Perayu ditangkap ketika berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 November tahun lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.0 diadakan, memohon dibebaskan daripada tahanan salah. - UTUSAN ONLINE