Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk David Wong Dak Wah yang bersidang bersama Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Umi Kalthum Abd. Majid sebulat suara menolak rayuan MPHTJ tanpa kos.

Sehubungan itu, perintah Mahkamah Tinggi Melaka pada 19 Ogos tahun lalu yang mengisytiharkan keputusan majlis perbandaran itu menaikkan kadar cukai taksiran, sebagai tidak sah dan terbatal, dikekalkan.

Perisytiharan itu dimohon oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan isterinya Lee Wei Cheng yang rumah mereka turut terjejas dengan kenaikan 30 peratus tersebut.

Mahkamah Tinggi berpuas hati, kenaikan cukai itu adalah tidak sah kerana MPHTJ gagal mengesahkan senarai nilaian terlebih dahulu mengikut Seksyen 143 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. - UTUSAN ONLINE