Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Salleh yang bersidang bersama Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Kamardin Hashim memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.


Kuorum berkenaan berpuas hati bahawa rayuan itu tidak sempurna kerana pihak pembelaan menggunakan cara yang salah ketika mengemukakan permohonan untuk membatalkan pertuduhan di Mahkamah Tinggi.


Sehubungan itu, panel berkenaan mengembalikan semula kes tersebut yang kini di peringkat pembelaan, ke Mahkamah Sesyen untuk diteruskan.


Pada 31 Mac 2014, Shamsul Iskandar memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan dengan mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah cacat dan tidak menepati kehendak-kehendak tempat larangan. - UTUSAN ONLINE.