Hakim Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Le Van Do setelah lelaki terbabit mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Do, 38, dituduh memberi rasuah RM10,000 kepada Kapten (M) Che Engku Suhaimi Che Engku Daik yang bertugas di kapal KM Pekan, Maritim Pahang supaya tidak mengambil tindakan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam Zon Maritim Malaysia (ZMM)  kira-kira pukul 10 pagi 11 Ogos lalu dan didakwa di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh TImbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tuan Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-UTUSAN ONLINE