Keputusan itu dibuat Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz sejurus tertuduh yang bekerja sendiri, Amir Khairi Hirman Mansor mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya.

Dia menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Dalam pengakuannya dia mengaku memberi suapan kepada anggota polis agar tutup mulut setelah hasil saringan air kencingnya didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Amir Khairi Hirman yang beralamat di Kampung Padang Ujid, Manir, di sini, turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang ditetapkan. Bagaimanapun dia membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh cuba memberikan suapan sebanyak RM1,000 kepada Koperal Carsten Anak Wilson dari Bahagian Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Manir, di sini, pada 10 Februari 2016 jam 2.55 petang di balai polis itu. - UTUSAN ONLINE