Tertuduh, Lim Kim Chui, 60, menukar pengakuannya kepada bersalah atas dakwaan merasuah ejen kerajaan, Sharulnizam Isa, 27, sebagai dorongan untuk membatalkan dua kompaun ke atas Restoran Ah Yu milik isterinya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Majupadu, Taman Majupadu , Kluang pada 13 September tahun lalu.

Kompaun itu dikeluarkan terhadap pemilik restoran berkenaan, Chun Nyuk, Kiow, 54, kerana melakukan kesalahan meletak kerusi dan meja di kaki lima premis dan tempat awam tanpa permit dan kebenaran MPK.

Tertuduh didakwa mengikut Sekyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohamad Anis Redza Mohamad Anuar.

Tertuduh yang diwakili peguam Farhan Hamdan memohon jumlah denda dan penjara dikurangkan memandangkan anak guamnya adalah orang kurang upaya (OKU) yang hilang keupayaan selepas menghidap angin ahmar dan perlu menyara tiga anak yang masih bersekolah.

Hakim Mahkamah Khas Rasuah, Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda sebanyak RM10,000.-UTUSAN ONLINE