Perintah reman sehingga 11 Januari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Rasuah, Mas Azmimin Ahmad selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim di sini pagi ini.

Lelaki berusia 38 tahun itu diwakili peguam, Raftfizi Zainal Abidin.

Dia ditahan di pejabat SPRM di sini pada pukul 3.30 petang semalam kerana disyaki memberi rasuah kepada pasukan Tampin sebagai balasan bagi memastikan kemenangan pasukannya, TGI United Kuala Pilah dalam perlawanan LBR pada 25 November tahun lalu.

Pasukannya menang dengan jaringan besar 11-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini Tampin. - UTUSAN ONLINE