Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz sejurus tertuduh yang bekerja sendiri, Amir Khairi Hirman Mansor, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya.

Dia menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Dalam pengakuannya, dia mengaku memberi suapan kepada anggota polis agar ‘tutup mulut’ setelah hasil saringan air kencingnya didapati positif dadah jenis menthamphetamine.

Amir Khairi Hirman yang beralamat di Kampung Padang Ujid, Manir di sini, turut berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda yang ditetapkan. Bagaimanapun dia membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Tim­balan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh cuba memberi suapan sebanyak RM1,000 kepada seorang anggota dari Bahagian Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Manir, di sini, pada 10 Februari 2016 pukul 2.55 petang di balai polis itu.