Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rasuah: Pemandu lori didenda RM10,000

KUALA TERENGGANU -15 Mei - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 ke atas seorang pemandu lori kerana cuba menyogok anggota polis bagi melepaskan kelindan warga asing daripada ditahan di bawah kesalahan imigresen, dua tahun lalu.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz yang membuat keputusan itu selepas V. Nanthakumar, 35, dari Sungai Lembing, Kuantan, Pahang  mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau juga memutuskan hukuman penjara ditambah selama enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu. Nanthakumar yang kini bekerja sebagai jurudawai elektrik telah membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amir Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dia didakwa cuba memberi suapan wang tunai RM50 kepada seorang anggota polis yang mahu menahan Md. Akkas Ali yang merupakan kelindan lori warga Bangladesh semasa sekatan jalan raya di Jambatan Sungai Limbong, Cukai, Kemaman pada pukul 5.35 petang, 27 Mac 2015.

Nanthakumar yang memandu lori membawa bahan binaan  didakwa cuba merasuah penjawat awam itu sebagai dorongan untuk melepaskan lelaki warga asing itu daripada ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain