Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan lelaki berumur 32 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin.


Terdahulu, lelaki tersebut yang juga berperanan sebagai orang tengah tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 9 pagi dengan memakai baju T dan tangan bergari sambil diiringi pegawai SPRM.


Sebelum ini, lelaki tersebut yang ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 18 Mei lalu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut. - UTUSAN ONLINE