Tertuduh, Azahar Adon, 56; Rosli Bali, 55 dan Yusof Ali, 60, dituduh melakukan perbuatan itu semasa ketiga-tiga mereka bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada 22 April 2015.

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh yang diwakili seorang peguam, Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Asmadi Hussin selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka. - UTUSAN ONLINE.