Hakim Abu Bakar Katar membenarkan permohonan penangguhan hukuman bagi tujuan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Kangar di sini, esok.

Menurut Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Yaacop Angah berkata, Asisten Superintenden Ahmad Zaharuddin Zainol Abidin sebelum ini disabit dan didapati bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(B) dan Seskyen 17 (a) Akta SPRM.

Kata beliau, berdasarkan pertuduhan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 35 bulan dan denda sebanyak RM50,000 bagi pertuduhan pertama serta penjara selama 30 bulan dan denda RM20,000 bagi pertuduhan kedua.

"Hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh hukuman," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Yaacop memberitahu, Koperal Detektif Syed Zaini Syed Hassan pula disabit dan didapati bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

Katanya, hakim memutuskan penjara selama 20 bulan dan denda sebanyak RM10,000 bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua, penjara selama 30 bulan dan denda sebanyak RM20,000.

"Hakim juga mengarahkan agar hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh hukuman," kata beliau.

Pada Jun 2015, seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden dan seorang anggota polis berpangkat Koperal diperintahkan oleh Mahkamah Se­syen di sini membela diri atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada penganjur judi haram, pada Mac 2011. - UTUSAN ONLINE