Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh Lim Wee Kwang, 57, kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan. 

Mengikut kertas pertuduhan, pada 7.45 malam, lelaki itu didakwa memberi suapan sejumlah RM2,950 untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang disyaki melakukan kesalahan memiliki dadah dan peluru hidup pada Januari 2015. 

Tertuduh disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama. 

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM , Ridzuan Abd. Malik dan tertuduh diwakili peguam Sukhaimi Mashud. - UTUSAN ONLINE