Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret sebentar tadi.

Majistret, Azureen Shahirah Sauffee Affandi membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman hingga 9 Mac ini selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tahanan reman ke atas kedua-dua suspek yang berusia 44 dan 49 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua lelaki itu ditahan di RAPID pukul 3 petang semalam selepas disyaki menerima rasuah daripada pemilik sebuah restoran. 

Perbuatan itu dipercayai sebagai dorongan untuk mendapatkan peluang perniagaan, iaitu membuka kantin dan meluluskan kerja paip gas di salah sebuah kafe di kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE