Rabidin Satir, 47, turut kekal dipenjara 12 tahun serta dikenakan sebatan berjumlah 12 kali terhadap empat sabitan lain iaitu dua kesalahan merogol isteri lelaki tersebut, satu kesalahan merompak dan mencederakan wanita itu serta satu kesalahan di bawah Akta Senjata Api.

Perayu dikenali sebagai `Rambo Bentong’ kerana tinggal di hutan bersendirian dan menggunakan pisau Rambo untuk mengugut dan menyerang mangsa.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohtarudin Baki yang bersidang bersama Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan Rabidin. - UTUSAN ONLINE