Bernama difahamkan mayat Prabagaran Srivijayan akan menjalani upacara pembakaran lewat hari ini di Krematorium Mandai.

CNB berkata, Prabagaran ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 12 April,2012, selepas dua peket mengandungi 22.24 gram diamorphine (heroin tulen) ditemukan di dalam kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia yang dipandunya.

Dia disabitkan kesalahan menyeludup masuk 22.24 gram diamorphine ke Singapura pada 22 Julai, 2014, dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dua bulan kemudian, katanya.

CNB berkata Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati jika amaun diamorphine yang diseludup masuk melebih i15 gram. - BERNAMA