Perkara itu dijelaskan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim sejurus pihaknya membuat laporan iaitu first information report’ (FIR) tentang siasatan tersebut memandangkan tiada siapa yang tampil membuat laporan polis.

“Siasatan dibuat bersangkutan dengan satu laporan polis di Batu 9, Cheras di sini membabitkan tularnya rakaman cctv prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, polis akan membuka siasatan di bawah Kertas Enkuari Polis (KEP) berhubung penularan satu rakaman cctv prosiding perbicaraan Najib Tun Razak di dalam laman sosial Facebook semalam.

Susulan itu difahamkan siasatan akan dijalankan berhubung penularan video berkenaan berdasarkan laporan yang dilakukan. - UTUSAN ONLINE