Hakim Datuk Ghazali Cha memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Rafizi atas sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 26 Januari tahun lalu yang menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau penjara 10 bulan terhadapnya.


Mahkamah juga menolak rayuan silang yang dikemukakan pihak pendakwaan atas hukuman tersebut.


Rafizi, 40, didakwa dengan sengaja mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO melalui artikel bertajuk Will Rafizi quit if Selangor is not toppled? dengan niat memecahkan keamanan awam.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communications Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara dekat sini pada pukul 11.40 pagi, 4 Februari 2014.


Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE.