Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan tempoh reman sehingga 3 November ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 kanun sama kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Terdahulu, lelaki yang memakai kemeja-T berwarna putih tiba di Mahkamah Ampang pada pukul 9.30 pagi dan suspek diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pukul 10.50 pagi untuk prosiding reman.

Prosiding berkenaan mengambil masa selama lebih sejam sebelum suspek dibawa keluar pada pukul 12 tengah hari.

Semalam, Datuk Seri itu ditahan polis pada pukul 4 petang selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat lalu, tiga anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai,19, Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera iaitu bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.- UTUSAN ONLINE