Majistret Umzarul An Nur Umar menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Wong Yoon Wai, 50, selepas tertuduh mengaku dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tukang cat, Wong Yoon Kim, 48, di dapur sebuah rumah di Jalan Jambu Berasa 3, Jinjang Selatan, Sentul di sini pada pukul 8.30 malam, 29 September lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd. Halim mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Yoon Wai yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman denda sahaja dengan alasan dia sudah uzur, bagaimanapun pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira keselamatan awam.

“Ahli keluarga seharusnya melindungi ahli keluarganya yang lain dan bukan dengan mendatangkan kecederaan apatah lagi melibatkan kecederaan fizikal. Mohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh,” katanya. - UTUSAN ONLINE