Majistret Mahyudin Mohamad Som memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ADUN Teja, Chang Lih Kang; ADUN Semambu, Lee Chean Chung dan Rozan Azen Mat Rasip yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Pada 8 September 2015, ketiga-tiga lelaki itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan  menyertai protes jalanan bermula di hadapan pusat beli-belah Sogo dan berakhir di kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak di sini antara pukul 4.30 petang dan 5.05 petang, 21 Mac 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE