Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memohon demikian berikutan pihaknya hanya menerima enam kertas pertuduhan bekas Perdana Menteri itu, kira-kira lima minit sebelum prosiding bermula.

Tambahnya, beliau memerlukan masa untuk meneliti, berbincang dengan Najib dan mendapatkan arahan selanjutnya.

Pihak pendakwaan tidak membantah terhadap permohonan tersebut dan turut menyatakan tidak membantah sekiranya peguam bela bagi bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar  Abdullah ingin berbuat perkara sama.

Hakim Azman Ahmad membenarkan prosiding ditangguhkan selama 30 minit. - UTUSAN ONLINE