Dua saksi berkenaan adalah bekas pegawai Jabatan Audit Negara, P. Kanason dan bekas Pengurus Jabatan Akaun BNM, Saleha Lajim.

Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan itu memulakan prosiding hari ini pada pukul 9 pagi dan dijangka selesai pada pukul 5 petang.

Turut menganggotai suruhanjaya ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad; Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail sebagai setiausaha suruhanjaya siasatan itu.

Suruhanjaya itu yang ditubuhkan pada 15 Julai lalu dan keanggotaannya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. - UTUSAN ONLINE