Koroner, Rofiah Mohamad menetapkan tiga fasa inkues iaitu bermula pada 11 hingga 28 Februari, 1,4,5 dan 19 hingga 29 Mac serta 1 hingga 12 April nanti.

Dalam prosiding tersebut juga, seramai 30 saksi akan dipanggil antaranya enam doktor Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta pakar forensik.

Saksi selebihnya pula terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, ahli keluarga serta pihak polis.

Mahkamah juga memerintahkan enam saksi termasuk pegawai penyiasat terbabit menyediakan penyataan saksi sebelum memberi keterangan.- UTUSAN ONLINE