Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga Sabtu ini.

Mereka yang disiasat mengikut Seksyen 18 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini direman lima hari bermula 27 Jun lalu.

Pengarah syarikat itu dan seorang lagi suspek merupakan peguam masing-masing ditahan SPRM pada pukul 2.45 petang dan 5.30 petang, 26 Jun lalu setelah hadir memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM.

Kementerian Pendidikan sebelum ini memulakan siasatan dalaman berhubung projek membekal panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak melibatkan kos RM1.25 bilion yang diberikan kepada syarikat berpangkalan di Bintulu.

Pengagihan projek berkenaan didakwa dilakukan oleh seorang bekas pemimpin negara yang meluluskan secara tanpa tender terbuka.

Projek itu dianugerahkan kepada syarikat di Bintulu dan didakwa melanggar prosedur biasa Kementerian Pendidikan. - UTUSAN ONLINE