Bekas Timbalan Perdana Menteri itu hadir dengan memakai baju batik tiba di kompleks mahkamah, disapa oleh pengamal media tempatan dan luar negara yang telah menunggu seawal pukul 7 pagi.

Pada 19 Oktober lalu, Ahmad Zahid, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 45 pertuduhan  pecah amanah, menerima  wang rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan wang puluhan juta ringgit.

Ahmad Zahid didakwa atas 45 pertuduhan dengan 10 pertuduhan melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan menerima suapan dan 27 pertuduhan penggubahan wang haram melibat jumlah lebih RM100 juta.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di  Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus, melalui Jalan Masjid India dan Malayan Banking Berhad, Cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof, Bangsar di sini antara 13 Januari 2014 dan 15 Mac lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - UTUSAN ONLINE