Shamsudin Abas dan Syed Mohd. Bakkri Syed Ismail yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Ogos 2016.

Kedua-dua mereka mengangguk faham dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 17 (a) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Ghazali Mohamed Nazri manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam V. Sivakumar- UTUSAN ONLINE