Muhammad Hazim Habeebur Rahman, 23, didakwa melakukan perbuatan itu dengan meminta wang RM500 daripada Koh Weng Fai, 20, di tandas Balai Polis Bandar Utama di sini kira-kira pukul 4 pagi, 27 Julai lalu.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.


Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh namun Muhammad Hazim yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan dia baru sahaja bekerja.


Majistret Nor Ariffin Hisham membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 September ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE