Surat tuntutan tersebut dise­rahkan menerusi firma guaman Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak di pejabat Pua hari ini.

Perdana Menteri mengambil tindakan tersebut atas kapasiti peribadi beliau.

Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewa­kili Perdana Menteri berkata, Pua diberi masa tujuh hari untuk mengemukakan permohonan maaf serta menarik balik kenyataan beliau sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Pua telah mengeluarkan kenyataan memfitnah Perdana Menteri di Dewan Rakyat termasuk berkenaan isu 1MDB pada minggu lalu.

“Jadi, surat tuntutan maaf dan tarik balik kenyataan telah dikeluarkan dan beliau diberi masa tujuh hari untuk membalas surat itu serta menarik balik kenyataan yang dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pua memuat naik vi­deo bertajuk BN Govt. Abandons All Bills To Give Precedence To Pas RUU355 Private Member’s Bill di akaun Facebook beliau pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat Khamis lalu.

Mohd. Hafarizam berkata, Pua juga dikehendaki menarik balik klip video yang disiarkan di akaun Facebook beliau.