Khairil Najmi Ahmad Puzi, 33, yang bekerja sebagai pemandu mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan curangnya melakukan kesalahan itu ke atas wang milik Cheong Fook Ming, 38, di Bank CIMB cawangan Sentul Raya di sini, antara pukul 12.01 tengah malam dan 11.59 malam, 5 Julai 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda manakala Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd. Halim memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan kes komersial dan kerugian terhadap mangsa serta memberi pengajaran kepada tertuduh.