R. Muniandy, 37, didakwa dengan curangnya telah memindahkan wang milik seorang penyelia tapak projek, Dzakaria Jantan, 61, iaitu wang tunai sebanyak RM5,500 ke dalam akaun miliknya di Bank CIMB cawangan Brickfields, di sini pada pukul 8.52 malam, 5 Jun 2017.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Muniandy bagaimanapun merayu hukuman ringan atas alasan menanggung kedua-dua ibu bapa yang uzur, isteri dan dua anak serta memohon maaf selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Amira Suriaty Zainal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kes ini semakin menular dalam kalangan orang awam.  - UTUSAN ONLINE