pertuduhan memberi suapan wang berjumlah RM1 juta berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak di sini, ke Mahkamah Tinggi di sini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali selepas sebutan kes tersebut didengar di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan pihaknya akan memohon kes berkenaan dibicarakan bersama dengan kes rasuah melibatkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor kerana ia melibatkan isu dan transaksi bersama.

Lailawati turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa kes Tengku Adnan turut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini selepas Hakim Collin Lawrence Sequerah pada Jumaat lepas membenarkan permohonan peguam yang mewakili ahli Parlimen Putrajaya itu untuk memindahkan kes berkenaan.

Sementara itu, peguam, Cheow Wee yang mewakili Eng Boon, 70, berkata, pihaknya mengambil maklum dengan perkembangan baharu mengenai permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dan memerlukan masa untuk mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guamnya yang merupakan ahli perniagaan.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 7 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Pada 15 November lalu, Eng Boon mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberikan suapan bagi faedah kepada Tengku Adnan, 68, iaitu wang tunai RM1 juta melalui cek Public Bank milik Syarikat Pekan Nenas Industries Sdn. Bhd., yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tengku Adnan sebagai upah meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn. Bhd., (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn. Bhd.,).

Perbuatan itu bagi menaikkan ratio plot berkenaan berkaitan pembangunan Lot 288, Jalan Semarak, Kuala Lumpur di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Level 2, Podium Block, PWTC, Jalan Tum Ismail, di sini 27 Disember 2013.

Eng Boon turut didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu bersubahat dalam perlakuan salah oleh Tengku Adnan, sebagai penjawat awam iaitu Menteri Persekutuan, menerima untuk dirinya wang tunai berjumlah RM1 juta daripada tertuduh melalui cek Public Bank milik Syarikat Pekan Nenas Industries Sdn. Bhd., yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tengku Adnan.

Tertuduh diketahui sebagai Pengarah Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn. Bhd.,) ada perhubungan dengan kerja rasmi dengan Tengku Adnan dan kesalahan itu dilakukan atas persubahatannya di tempat dan tarikh sama. - UTUSAN ONLINE