Majistret Stephanie Sherron Abbie mengeluarkan perintah tersebut di dalam kamar hakim kira-kira pukul 3 petang ini.

Ketika prosiding Anthony diwakili barisan peguam, Martin Tommy, Loretto Padua Jr dan Cedric Choo manakala Sin Kong diwakili peguam Edward Paul.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd. Faliq Basirudin mewakili pihak pendakwaan.

Peter dan Sin Kong ditahan di pejabat SPRM semalam bagi membantu siasatan kes tersebut di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE